Monday, April 5, 2010

~WASHABLE CLOTH DIAPER~

Mahu berjimat atas perbelanjaan lampin pakai buang anak2 anda?
Kini ada Cloth Diaper, lampin era terkini yg boleh dipakai guna semula...

- Rekaan yang unik 3*3 lipatan, mudah ditukar kepada pelbagai saiz mengikut pembesaran bayi.
- Sesuai untuk bayi dari 3-13 kg
- Kalis air dibahagian luar PUL (polyurtehane laminate) untuk mengelak kebocoran
- Penyerap SUPER 3 lapisan 'insert' dan pelapik dalam(microfiber)
- Pelapik dalam yang lembut selesa untuk bayi(microflece@microsuede)
- Mudah untuk diubah saiz pinggang dan peha
- 100% boleh diguna dan dibasuh semula
- Mudah dan mesra alam
- 'Insert' dibuat daripada tuala lembut
- 100% polyester fibre- Alternalif untuk anak anda yg kulit alahan pada lampin pakai buang

penjagaan & penggunaan lampin kain moden [cloth diaper ~ CD]

1. Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert'= (prewash)
  • sekurang-kurangnya 3 kali 'prewash' sebelum pertama kali hendak digunakan.
  • gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan.
  • lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper.
  • 'insert' diperbuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi.
  • pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan.
  • boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposable diaper).
  • bagi bayi yang 'heavy water', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper.
  • apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper.
  • jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan.
  • berus tidak digalakkan terutama berus sabut kerana boleh merosakkan inner @ microflece.
  • Boleh basuh menggunakn mesin basuh.
  • Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama.
  • Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).
  • Jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya seperti langkah di atas.

4. JANGAN!
  • masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana:-
  • 'softener' boleh mengurangkan daya serapan
  • dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'.
  • anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada.
  • andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
  • Tempoh simpan soiled diapers tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. 'insert' yang sudah lama digunakan dan nampak kekuningan,
  • JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya.
  • Perahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
  • Campurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh, kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran.
  • JANGAN risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. matahari adalah peluntur semulajadi yg terbaik.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping'
  • membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight'
  • kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.
  • biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper.
  • Ini bermakna 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

mudah bukan????? mari kita guna lampin kain moden ini beramai-ramai....
IBU HEBAT! BUMI SELAMAT! POKET JIMAT!!!!!!!

Go Green!!!!

No comments:

Post a Comment