Wednesday, March 24, 2010

Info: DD vs CD

KENALI 'DiSPOSABLE DiAPER'

Dioxin in is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals.

Diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (syarikat pengeluar dispo utama dunia)

Tributyl-tin (TBT) - a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals. Ia

merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Sodium polyacrylate -Gel-like, super absorbent crystals. Sodium polyacrylate is the same substance

that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini

menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.

Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).

Pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.

Penyebab athma di kalangan bayi.

Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum

bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan

masalah kemandulan.

50% daripada sampah domestik rumah.

Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.

Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!

MENGAPA PERLU BERTUKAR KE LAMPIN MODEN:

1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar)

Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


2) Dari segi kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos

Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:
Jika menggunakan lampin pakai buang:
Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari

RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun

RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai CD (termasuk 1 insert) = RM35

Beli 12 helai : 12 X RM 35 =RM420

Beli 20 helai: (lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh)20 X RM35 = RM700 sahaja !!!


Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.


(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.


Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan

Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

KENALI CLOTH DIAPER (CD)

Mari kita berkenalan dengan Cloth diaper/Lampin Kain Moden
Ini adalah CD Cover / Diaper Cover
fungsinya sebagai cover kepada insert, dan memastikan punggung bayi tidak akan basah. Yang nih cover luar yang berwarna-warni dan ada banyak butang untuk dilaraskan mengikut saiz bayi.



Ini adalah pandangan di bahagian dalam diaper cover. Kainnya lembut dan mampu memberi pengudaraan yang baik kepada punggung bayi serta cecair dari insert tidak akan mengalir keluar.

Gambar di bawah ialah Insert yang berfungsi sebagai penyerap cecair/air kencing bayi. sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.


Bagaimana cara nak pakai lampin moden ni ?

Mudah saja. Lihat gambar dan langkah di bawah kerana lampin moden ini boleh di ubahsuai kepada saiz S, M dan L. Hanya dengan sehelai lampin moden!

Langkah 1

Ini merupakan cover luar cloth diaper/ lampin moden yang di perbuat dari kain jenis PUL.

Langkah 2

Ini pula bahagian dalam yang di eprbuat dari lapisan kain polyester yang cepat menyerap air.

Langkah 3

Letakkan insert ke dalam poket yang telah tersedia di jahit .

Langkah 4

Lampin moden mempunyai banyak butang supaya ia boleh di sesuaikan dengan saiz bayi anda. Butang sebaris bahagian atas untuk saiz pinggang bayi anda. 3 baris butang di bawah untuk menjadikan ia saiz S, M dan L.

Langkah 5

*Untuk saiz S , camtukan butang di bahagian paling bawah dengan butang di barisan pertama.

* Untuk saiz M, cantumkan butang di bahagian bawah dengan butang di barisan ke dua.

* Untuk saiz L, tak perlu cantumkan butang jika ia sudah fit dengan bayi anda.

MAKLUMAT AM:


1. Cuci insert seboleh-bolehnya 3-5kali cucian sebelum digunakan utk mendapatkan tahap penyerapan yang tahan lama.
2. Sila gunakan sabun yang tiada bahan 'pelembut'
3. Sila masukkan insert kedalam poket & pastikan kedudukan insert betul dialur punggung anak & pakaikan mengikut keselesaan (jgn longgar)
4. Jika ada masalah kebocoran, kemungkinan insert tue tidak menyerap air kencing secara optimum jadik basuh lagi & jemur dibawah panas matahari
5. Jika ada kesan2 kotoran poo poo anak2 pada insert, hanya perlu jemur dibawah cahaya matahari, insyaallah kesan kuning lama-lama akan hilang
6. Jangan kerap merendam insert, itu akan menjadikan tahap penyerapan insert akan terjejas.

STRIP WASH/STRIPPING
Hanya dilakukan sekali-sekala
1. Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan minyak terkumpul dipermukaan insert.
2. Basuh CD menggunakan sabun pencuci pinggan. Cth : sunlight.
3. Letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2.
4. Bilas dan masukkan kedalam mesin utk dicuci.
5. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)
6. Apabila proses strip wash dilakukan, kemungkinan masalah leaking dapat diatasi.


JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIAN MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER

Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)

Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas

*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali

7.00 – 10.00 PAGI 1 POCKET + 1 INSERT 10.00 – 1.00 TGH HARI 1 POCKET +1 INSERT 1.00 – 4.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT 4.00 – 7.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT 7.00 – 12.00 MLM 1 POCKET + 2 INSERT 12.00 – 7.00 PAGI 1 POCKET + 2 INSERT

JUMLAH PENGGUNAAN SEHARI 6 POCKET DENGAN 8 INSERT


CARA BASUH CLOTH DIAPER (CD)

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.

Note: Mungkin Boleh Gunakan Sabun Pureen Had


2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.


3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.


5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

MiTOS CD:

  • CD Mahal

– Terdapat pelbagai jenis & jenama CD yang affordable di pasaran.

  • Susah Basuh CD?

Refer Jadual Pembasuhan CD di bawah. 3 hari sekali basuh, 18 CD sekali basuhan. (Jika anda mempunyai 20 Keping CD)

Jadual Pembasuhan CD

*Untuk anggaran 20 CDs

Hari

Jumlah CD Bersih

Jumlah Used CD

Status

Pertama

14

6

6 used CD dalam

diaper pail

Kedua

8

6

12 used CD dalam

diaper pail

Ketiga

(Hari membasuh)

2

6

18 used CD dalam

diaper pail

3 hari sekali basuh, mudah kan?

  • CD Bocor

Kain PUL tidak bocor , kecuali saiz yang tidak sesuai dan CD yang tidak dipakai dengan

betul. Periksa samada ukur lilit CD benar2 sesuai dengan peha bayi.

Prewash yang tidak cukup untuk CD baru.

  • CD Bulky

Ianya sedikit bulky berbanding disposable diaper. Ups, mungkin kerana ianya tiada gel

penyerap yang merbahaya :wink: wink:

  • CD Bertahi lalat jika direndam lama

Material CD susah bertahi lalat dan dan sekiranya anak on medication, CD akan sedikit

kehitaman. Walau bagaimanapun, ianya akan hilang selepas beberapa basuhan.

  • Bekas najis susah nak hilang

Jemurkan CD anda di bawah cahaya matahari. Kotoran tersebut akan hilang dan CD

anda kembali putih bersih.

CD

NOTA INI ADALAH UNTUK TUJUAN RUJUKAN SAHAJA.

No comments:

Post a Comment